Isnin, 26 Mei 2014

Sumber tenaga elektrik


Tenaga elektrik boleh dihasilkan melelui pelbagai cara dan sumber.  Terdapat berbagai jenis loji penjanaan seperti loji tarbin gas, loji tarbin stim dan loji diesel yang menggunakan sumber fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api.  Tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear, pancaran matahari dan pelbagai punca lain.  Sumber tenaga yang digunakan untuk penjanaan elektrik hendaklah senang diperolehi, sesuai dan murah serta tidak mendatangkan bahaya atau mengancam nyawa dan alam sekitar.


Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil seperti mimyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro.  Pada masa ini, lebih kurang 60 peratus tenaga elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber lain seperti minyak, arang batu dan kuasa hidro.


Rizab gas asli yang terdapat di nagara ini dipercayai boleh menampung keperluan untuk tempoh sehingga 50-60 tahun, sekiranya penggunaannya dikawal dengan sebaik-baiknya, sumber petroleum pula adalah dijangka dapat menampung keperluan bagi tempoh selama 20-30 tahun sahaja. Selain daripada itu, kita tidak mempunyai banyak sumber arang batu.

Dalam pada itu, hampir semua tenaga hidro, iaitu sejenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui, di Semenanjung Malaysia telah digunakan walaupun terdapat banyak lagi potensi hidro di negeri Sabah dan Sarawak yang belum diterokai, kos pembinaan stesen hidro di kawasan pedalaman serta kos penghantaran tenaga elektrik dari Sabah  atau Sarawak dari Semenanjung Malaysia adalah terlalu tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan