Pengenalan
Sumber-sumber alternatif merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan mesra
alam. Penggunaan sumber ini boleh digunakan untuk menjana tenaga. Terdapat
pelbagai sumber yang boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan
bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga hidro, hidrogen,
biojisim,dan tenaga nuklear. Tetapi Malaysia hanya menggunakan satu sahaja
tenaga iaitu tenaga hidro
Tenaga Hidro
Tenaga hidro
juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara
membangun untuk menggantikan bahan api fosil. Manusia telah menggunakan
tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi
dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum.Tenaga
ini dapat dijalankan jika terdapatnya sungai yang mempunyai aliran deras.
Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang
tinggi dihasilkan. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak
air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator
elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia mempunyai aliran sungai yang
deras maka, membolehkan empangan hidroelektrik dibina. Contohnya seperti
Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan
lain-lain. Maka, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga
hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah
Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik.
Tenaga
hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan
tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan
kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh
mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional seperti
petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di sekeliling ketika
proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah
menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada
pengguna.
Tambahan
lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini bersesuaian
dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih
belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu
memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu
tenaga yang komersial di dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan