Setiap hari
dalam kehidupan kita pasti akan menggunakan elektrik tidak kira dalam apa jua
aspek pekerjaan. Penggunaan elektrik telah memberi banyak manfaat bukan
sahaja kepada manusia malah juga kepada pembangunan sesebuah negara. Penggunaan
bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas dalam penjanaan tenaga
elektrik adalah sangat penting di dunia termasuklah Malaysia. Hampir kesemua
tenaga elektrik di dunia dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas
asli, minyak dan arang batu. Kini, setelah lebih 200 tahun ia digunakan, sumber
tenaga ini telah semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan harga bahan api fosil
melambung tinggi.
Permintaan
terhadap bekalan elektrik di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Hal ini menyebabkan permintaan bahan api fosil sebagai bahan bakar di stesen
jana kuasa elektrik turut meningkat untuk membolehkan tenaga elektrik dapat
dibekalkan dengan secukupnya secara menyeluruh. Namun begitu, harga minyak
mentah dunia yang melambung dan tidak stabil sememangnya menjadi beban kepada
orang ramai kerana ia memberi kesan besar kepada kos penjanaan tenaga elektrik,
selain daripada sektor pengangkutan.
Sukar
dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau
kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Jalanraya juga mungkin kacau-bilau
akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi
menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga
tentu kepenatan kerana terpaksa menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi
akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana
kehidupan di dunia kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan