Rabu, 28 Mei 2014

Panduan bagi mengamalkan kecekapan tenaga elektrik


Berikut adalah beberapa panduan yang ringkas yang boleh diamalkan untuk menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak dan produktif serta mengurangkan perbelanjaan kita keatas tenaga elektrik.


             i.  Lampu.

·         Gunakan lampu kalimantang sama ada berjenis tiub atau ‘compact fluorescent lamp’ (CFL) dan lampu filament. Lampu kalimantang adalah lebih kurang 4 kali cekap daripada filament.
·         Gunakan palang pengimbang yang kurang kehilangan tenaga atau ‘watt loss’ Palang Pengimbang atau “ballas” adalah satu peralatan untuk lampu kelimantang.  Tenaga elektrik yang digunakan oleh palang pengimbang itu menghaliskan tenaga haba yang merupakan sebagai kehilangan sahaja.
·         Gunakan ‘direct lighting’ atau ‘task lighting’ dan bukan ‘diffused lighting’.
·         Gunakan cahaya semula jadi seboleh – bolehnya.
·         Padamkan lampu jikalau tidak diperlukan.
·    Apabila memasang lampu-lampu, pastikan susun atur pensuissan yang sesuai supaya membolehkan hanya lampu yang diperlukan itu dihidupkan.



      ii.   Televisyen

·         Tutupkan televisyen jikalau tidak menggunakannya.
·    Jikalau mempunyai lebih dari satu televisyen, gunakan satu sahaja jika semua keluarga menonton rancangan yang sama.
·         Pilih saiz televisyen yang bersesuaian mengikut keluarga.
·  Jikalau televisyen dilengkapkan dengan kemudahan ‘standby mode’ jangan menghidupkan ‘standby mode’ itu terlalu lama.


    iii.   Peti sejuk

·         Pilih peti sejuk yang menggunakan kurang tenaga elektrik dengan saiz yang sama.
·         Pilih peti sejuk yang mempunyai lebih dari satu pintu.
·         Apabila mengambil sesuatu dari peti sejuk, pastikan pintu tidak terbuka terlalu lama sebab ini membolehkan haba panas memasuki ruang dalam peti sejuk.
·   Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk.  Ini akan menyebabkan peti sejuk itu terpaksa bekerja berlebihan daripada sepatutnya.





    iv.  Penyaman udara

·   Pilih penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga atau ‘Energy Efficiency Ratio’ (EER) yang tinggi.  Penyaman udara dengan (EER) yang tinggi adalah lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga elektrik.
·    Pilih penyaman udara yang bersesuaian dengan saiz bilik.
·    Apabila menggunakan penyaman udara, pastikan semua pintu dan tingkap tutup supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik dan menyebabkan penyaman udara itu beroperasi berlebihan dari sepatutnya.
·     Jangan manatah suhu yang diperlukan terlalu rendah. Biasanya suhu pada tahap 27 darjah Celsius adalah memadai.
·    Gunakan tirai, langsir atau bumbung ‘awning’ bagi menghalang pancaran matahari dari meningkatkan suhu bilik.
·    Apabila menggunakan penyaman udara, gunakan kipas angin bersama. Ini membolehkan udara sejuk tersebar dengan lebih menyeluruh dan cepat dalam bilik tanpa memerlukan penyaman udara beroperasi dengan berlebihan.


      v.   Kipas angin

·     Pilih kipas angin yang kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi dengan kadar pembekalan udara yang sama.
·     Apabila menggunakan kipas angin,  pastikan tingkap dan pintu bilik tidak tertutup supaya segar dapat mengalirkan masuk kedalam bilik. Biarkan tingkap terbuka kerana di dalam keadaan yang tertutup, kekurangan udara segar akan menyebabkan kita tidak selesa dan mendorong kita melajukan putaran kipas, ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik bertambah.


    vi.  Pemanas air

·     Sekiranya menggunakan air panas untuk mandi dan sebagainya, gunakanlah pemanas air jenis segera kerana ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan jika dibandingkan dengan pemanas air jenis storan.
·      Jika membeli pemanas air jenis storan, pilihlah saiz yang sesuai dan mempunyai lapisan penebat yang baik.
·         Jikalau menggunakan pemanas air jenis storan, rancangkan penggunaannya.
·         Jangan menghidupkan pemanas air itu terlalu lama sebelum penggunaannya.
·    Untuk memastikan keselamatan, peralatan air panas itu mestilah dilindungi oleh pemutus litar ke bumi (ELCB) yang sesuai dan dipasang oleh yang berkelayakan. Jika boleh, gunakan peralatan yang dilapisi oleh plastik atau getah.


  vii.  Mesin basuh
·         Pilih mesin basuh yang kurang menggunakan tenaga elektrik.
·    Kumpulkan pakaian-pakaian bahan yang perlu di cuci supaya mesin itu dapat di gunakan dengan cekap.

  •  basuh pastikan mesin basuh penuh



viii.  Cerek elektrik.

·         Masaklah air mengikut  keperluan sahaja.
·         Sekiranya boleh, gunakan cerek air elektrik automatik.
·         Untuk memastikan keselamatan, pastikan sukatan minimum air di patuhi.


    ix.  Sterika elektrik.

·         Kumpulkan pakaian atau bahan supaya boleh di gosok pada suatu ketika.
·         Jangan sekali- sekali dibiarkan sterika tidak digunakan begitu lama.
·   Pastikan tetahan di buat bersesuaian dengan suhu yang diperlukan dan jenis pakaianan yang di gosok.



      x. Lain-lain hal

·     Sebelum membeli sebarang peralatan elektrik, buatlah perbandingan dari segi kuasa, kapasiti, atau fungsi di antara beberapa model dan jenama.  Pilihlah model dan jenama yang paling kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi kemudahan atau perkhidmatan yang sama.
·    Untuk memastikan peralatan elektrik yang digunakan berfungsi dengan baik, semaklah bil elektrik. Biasanya jumlah penggunaan elektrik kita setiap bulan adalah hampir sama. Sekiranya terdapat pertambahan jumlah penggunaan elektrik yang mendadak, periksalah peralatan elektrik kerana ini mungkin disebabkan oleh peralatan elektrik yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
·   Hubungi Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang berdekatan untuk mendapatkan panduan dan nasihat berkaitan dengan cara penggunaan elektrik dengan cekap dan selamat.

Isnin, 26 Mei 2014

Sumber-Sumber Alternattif Yang Boleh Menggantikan Bahan Api Fosil


Pengenalan    
         Sumber-sumber alternatif merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan mesra alam. Penggunaan sumber ini boleh digunakan untuk menjana tenaga. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga hidro, hidrogen, biojisim,dan tenaga nuklear. Tetapi Malaysia hanya menggunakan satu sahaja tenaga iaitu tenaga hidro

Tenaga Hidro
Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil. Manusia telah menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum.Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya  sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia mempunyai aliran sungai yang deras maka, membolehkan empangan hidroelektrik dibina. Contohnya seperti Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik.

Tenaga hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di  sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

 Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.      
  

penggunaan sumber elektrik di malaysia


               Setiap hari dalam kehidupan kita pasti akan menggunakan elektrik tidak kira dalam apa jua aspek pekerjaan. Penggunaan elektrik telah memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada pembangunan sesebuah negara. Penggunaan bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas dalam penjanaan tenaga elektrik adalah sangat penting di dunia termasuklah Malaysia. Hampir kesemua tenaga elektrik di dunia dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Kini, setelah lebih 200 tahun ia digunakan, sumber tenaga ini telah semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan harga bahan api fosil melambung tinggi.

Permintaan terhadap bekalan elektrik di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini menyebabkan permintaan bahan api fosil sebagai bahan bakar di stesen jana kuasa elektrik turut meningkat untuk membolehkan tenaga elektrik dapat dibekalkan dengan secukupnya secara menyeluruh. Namun begitu, harga minyak mentah dunia yang melambung dan tidak stabil sememangnya menjadi beban kepada orang ramai kerana ia memberi kesan besar kepada kos penjanaan tenaga elektrik, selain daripada sektor pengangkutan.

Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Jalanraya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan kerana terpaksa menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia kini.

Penjanaan Kuasa Elekterik Di Malaysia



Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar khasnya di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara. Manakala di Sabah dan Sarawak, masing-masing dibekalkan oleh Lembaga Letrik Sabah (LLS) dan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO). Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat elektrik persendirian yang lain yang turut membekalkan tenaga elektrik di negara ini. Menurut Wikipedia, aset perniagaan TNB adalah sejumlah RM60.0 billion. Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu jaringan talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Lebih 420 stesen pencawang diSemenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132kV, 275kV dan 500kVTNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak 11,296MW. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji jana kuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen jana kuasa hidro.

Penjana yang besar digunakan di stesen jana kuasa untuk menghasilkan bekalan elektrik. Kebanyakan penjana menghasilkan bekalan elektrik arus ulang-alik. Arus ulang alik (a.u) adalah lebih mudah daripada arus terus (d.c) kerana ia boleh diubah kepada suatu voltan yang lebih tinggi atau lebih rendah menerusi satu peranti disebut transformer. Maka, voltan yang berlainan yang diperlukan boleh dibekalkan kepada kilang, pejabat, gudang, rumah kediaman dan lain-lain. Bilangan loji jana kuasa elektrik utama di Malaysia adalah sebanyak 32 buah di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pula sebanyak 15 buah. Jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini ialah 20,663MWe dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik sebanyak 96,060GWh setahun. Dengan keluasan tanah 329,733sq. km dan jumlah penduduk sebanyak 21.1 juta di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak sebanyak 5.5 juta pada tahun 2006, memperlihatkan permintaan terhadap bekalan tenaga elektrik semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan keperluan bekalan tenaga elektrik di negara ini pada tahun 2006 sahaja adalah sebanyak 14,357MWe iaitu sebanyak 12,990MWe di Semenanjung Malaysia dan sebnayak 1,367MWe di Sabah dan Sarawak.  

Oleh itu, melalui penjanaan tenaga elektrik ini ke seluruh negara, maka dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan sehari-harian di samping mempercepatkan lagi tugas-tugas mereka. Contohnya seperti memasak, menggosok dan sebagainya.

Memahami tenaga elektrik



Tenaga elektrik yang dijanakan di stesen janakuasa adalah disalurkan secara pukal  kepada kawasan bandaran, kawasan perindustrian dan sebagainya melalui  sistem penghantaran bervoltan tinggi dan seterusnya kepada pengguna-pengguna melalui  sistem pengagihan bervoltan rendah.  


Tenaga elektrik yang disambungkan ke premis kita adalah sentiasa wujud dan digunakan pada bila-bila masa.  Kita tidak perlu bersusah payah untuk mandapatkannya malah apabila memerlukannya, kita hanya perlu memetik suis sahaja.
Untuk memastikan kita boleh menikmati kemudahan dan keselesaan yang disumbangkan oleh tenaga elektrik pada bila-bila masa, pihak pembekal elektrik perlu memastikan bahawa loji dan sistem pembekalan elektriknya dapat menampung keperluan serta sentiasa dalam keadaan baik.

Kesan penggunaan elektrik


Penggunaan elektrik yang tidak cekap, bijak dan produktif akan menghasilkan sumber-sumber seperti minyak, gas, arang batu dan lain-lain yang digunakan untuk menghasilkannya.


Bahan api fosil yang terdapat di bumi ini seperti minyak mentah, gas asli dan arang batu dibentuk kira-kira 150 hingga 300 juta tahun dahulu.  Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sumber-sumber itu telah digunakan dengan kadar yang begitu cepat berbanding dengan kadar ia digantikan secara semulajadi.  Kadar penggunaan sumber tenaga itu  sekarang adalah 20 kali ganda lebih cepat daripada awal abad ini.


Pembakaran sumber-sumber fosil untuk penjanaan tenaga elektrik akan menghasilkan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan sulphur dioksida serta partikel dan logam toksid yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan dan keselesaan jika keadaan tidak terkawal.  Karbon dioksida adalah sejenis rumah hijau yang menyebabkan kesan ‘global warming’.  Pendedahan secara lama dan berlebihan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Gas-gas ini juga larut dalam air hujan dan menjadikan hujan asid.  Hujan asid jika memasuki sungai atau tasik boleh memusnahkan organisma akuatik.  Semua kesan negatif daripada penggunaan bahan api itu jika tidak dikawal, akan memberi kesan yang serius ke atas kehidupan kita dan akhirnya akan memusnahkan tamadun di planet bumi ini.

kegunaan elekterik


Pengenalan 

Tenaga elektrik digunakan di dalam alat-alat elektrik.  Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan tenaga elektrik  kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik
dan bunyi.




A. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba

Pekakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas yang diperbuat dari aloi nikel dan kromium. Contoh, cerek, periuk nasi dan sebagainya.




B. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik

Alat-alat elektrik yang digunakan untuk menukrrkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin basuh mesin gerudi dll. Ini semua berasaskan motor elektrik.



C. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya

Lampu ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Lampu pijar menggunakan filamen manakala lampu pendarflour menggunakan gas argon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya.



                       
D. Kegunaan Elektrik untuk menghasilkan Bunyi

Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen, telefon, pembesar suara dan radio.



Sumber tenaga elektrik


Tenaga elektrik boleh dihasilkan melelui pelbagai cara dan sumber.  Terdapat berbagai jenis loji penjanaan seperti loji tarbin gas, loji tarbin stim dan loji diesel yang menggunakan sumber fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api.  Tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear, pancaran matahari dan pelbagai punca lain.  Sumber tenaga yang digunakan untuk penjanaan elektrik hendaklah senang diperolehi, sesuai dan murah serta tidak mendatangkan bahaya atau mengancam nyawa dan alam sekitar.


Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil seperti mimyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro.  Pada masa ini, lebih kurang 60 peratus tenaga elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber lain seperti minyak, arang batu dan kuasa hidro.


Rizab gas asli yang terdapat di nagara ini dipercayai boleh menampung keperluan untuk tempoh sehingga 50-60 tahun, sekiranya penggunaannya dikawal dengan sebaik-baiknya, sumber petroleum pula adalah dijangka dapat menampung keperluan bagi tempoh selama 20-30 tahun sahaja. Selain daripada itu, kita tidak mempunyai banyak sumber arang batu.

Dalam pada itu, hampir semua tenaga hidro, iaitu sejenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui, di Semenanjung Malaysia telah digunakan walaupun terdapat banyak lagi potensi hidro di negeri Sabah dan Sarawak yang belum diterokai, kos pembinaan stesen hidro di kawasan pedalaman serta kos penghantaran tenaga elektrik dari Sabah  atau Sarawak dari Semenanjung Malaysia adalah terlalu tinggi.

Sumber Tenaga Elekterik



Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kemagenatan, tindakan kimia dan cahaya. Tenaga elektrik untuk kegunaan harian banyak dihasilkan dengan tindakan kimia dan kemagnetan.