Isnin, 26 Mei 2014

Penjanaan Kuasa Elekterik Di Malaysia



Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar khasnya di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara. Manakala di Sabah dan Sarawak, masing-masing dibekalkan oleh Lembaga Letrik Sabah (LLS) dan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO). Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat elektrik persendirian yang lain yang turut membekalkan tenaga elektrik di negara ini. Menurut Wikipedia, aset perniagaan TNB adalah sejumlah RM60.0 billion. Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu jaringan talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Lebih 420 stesen pencawang diSemenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132kV, 275kV dan 500kVTNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak 11,296MW. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji jana kuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen jana kuasa hidro.

Penjana yang besar digunakan di stesen jana kuasa untuk menghasilkan bekalan elektrik. Kebanyakan penjana menghasilkan bekalan elektrik arus ulang-alik. Arus ulang alik (a.u) adalah lebih mudah daripada arus terus (d.c) kerana ia boleh diubah kepada suatu voltan yang lebih tinggi atau lebih rendah menerusi satu peranti disebut transformer. Maka, voltan yang berlainan yang diperlukan boleh dibekalkan kepada kilang, pejabat, gudang, rumah kediaman dan lain-lain. Bilangan loji jana kuasa elektrik utama di Malaysia adalah sebanyak 32 buah di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pula sebanyak 15 buah. Jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini ialah 20,663MWe dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik sebanyak 96,060GWh setahun. Dengan keluasan tanah 329,733sq. km dan jumlah penduduk sebanyak 21.1 juta di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak sebanyak 5.5 juta pada tahun 2006, memperlihatkan permintaan terhadap bekalan tenaga elektrik semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan keperluan bekalan tenaga elektrik di negara ini pada tahun 2006 sahaja adalah sebanyak 14,357MWe iaitu sebanyak 12,990MWe di Semenanjung Malaysia dan sebnayak 1,367MWe di Sabah dan Sarawak.  

Oleh itu, melalui penjanaan tenaga elektrik ini ke seluruh negara, maka dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan sehari-harian di samping mempercepatkan lagi tugas-tugas mereka. Contohnya seperti memasak, menggosok dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan