Tenaga
elektrik yang dijanakan di stesen janakuasa adalah disalurkan secara
pukal kepada kawasan bandaran, kawasan perindustrian dan sebagainya
melalui sistem penghantaran bervoltan tinggi dan seterusnya kepada
pengguna-pengguna melalui sistem pengagihan bervoltan rendah.
Tenaga
elektrik yang disambungkan ke premis kita adalah sentiasa wujud dan digunakan
pada bila-bila masa. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mandapatkannya
malah apabila memerlukannya, kita hanya perlu memetik suis sahaja.
Untuk
memastikan kita boleh menikmati kemudahan dan keselesaan yang disumbangkan oleh
tenaga elektrik pada bila-bila masa, pihak pembekal elektrik perlu memastikan
bahawa loji dan sistem pembekalan elektriknya dapat menampung keperluan serta
sentiasa dalam keadaan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan