Berikut
adalah beberapa panduan yang ringkas yang boleh diamalkan untuk menggunakan
tenaga elektrik dengan cekap, bijak dan produktif serta mengurangkan
perbelanjaan kita keatas tenaga elektrik.
i.
Lampu.
·
Gunakan
lampu kalimantang sama ada berjenis tiub atau ‘compact fluorescent lamp’ (CFL)
dan lampu filament. Lampu kalimantang adalah lebih kurang 4 kali cekap daripada
filament.
·
Gunakan
palang pengimbang yang kurang kehilangan tenaga atau ‘watt loss’ Palang
Pengimbang atau “ballas” adalah satu peralatan untuk lampu kelimantang.
Tenaga elektrik yang digunakan oleh palang pengimbang itu menghaliskan tenaga
haba yang merupakan sebagai kehilangan sahaja.
·
Gunakan
‘direct lighting’ atau ‘task lighting’ dan bukan ‘diffused lighting’.
·
Gunakan
cahaya semula jadi seboleh – bolehnya.
·
Padamkan lampu jikalau tidak
diperlukan.
· Apabila memasang lampu-lampu,
pastikan susun atur pensuissan yang sesuai supaya membolehkan hanya lampu yang
diperlukan itu dihidupkan.
ii. Televisyen
·
Tutupkan
televisyen jikalau tidak menggunakannya.
· Jikalau
mempunyai lebih dari satu televisyen, gunakan satu sahaja jika semua keluarga
menonton rancangan yang sama.
·
Pilih saiz
televisyen yang bersesuaian mengikut keluarga.
· Jikalau
televisyen dilengkapkan dengan kemudahan ‘standby mode’ jangan menghidupkan
‘standby mode’ itu terlalu lama.
iii. Peti
sejuk
·
Pilih peti
sejuk yang menggunakan kurang tenaga elektrik dengan saiz yang sama.
·
Pilih peti
sejuk yang mempunyai lebih dari satu pintu.
·
Apabila
mengambil sesuatu dari peti sejuk, pastikan pintu tidak terbuka terlalu lama
sebab ini membolehkan haba panas memasuki ruang dalam peti sejuk.
· Jangan
meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. Ini akan menyebabkan
peti sejuk itu terpaksa bekerja berlebihan daripada sepatutnya.
iv. Penyaman udara
· Pilih
penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga atau ‘Energy Efficiency
Ratio’ (EER) yang tinggi. Penyaman udara dengan (EER) yang tinggi adalah
lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga elektrik.
· Pilih
penyaman udara yang bersesuaian dengan saiz bilik.
· Apabila
menggunakan penyaman udara, pastikan semua pintu dan tingkap tutup supaya udara
sejuk tidak keluar dari bilik dan menyebabkan penyaman udara itu beroperasi
berlebihan dari sepatutnya.
· Jangan
manatah suhu yang diperlukan terlalu rendah. Biasanya suhu pada tahap 27 darjah
Celsius adalah memadai.
· Gunakan
tirai, langsir atau bumbung ‘awning’ bagi menghalang pancaran matahari dari
meningkatkan suhu bilik.
· Apabila
menggunakan penyaman udara, gunakan kipas angin bersama. Ini membolehkan udara
sejuk tersebar dengan lebih menyeluruh dan cepat dalam bilik tanpa memerlukan
penyaman udara beroperasi dengan berlebihan.
v. Kipas
angin
· Pilih kipas
angin yang kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi dengan kadar pembekalan
udara yang sama.
· Apabila
menggunakan kipas angin, pastikan tingkap dan pintu bilik tidak tertutup
supaya segar dapat mengalirkan masuk kedalam bilik. Biarkan tingkap terbuka
kerana di dalam keadaan yang tertutup, kekurangan udara segar akan menyebabkan
kita tidak selesa dan mendorong kita melajukan putaran kipas, ini akan
menyebabkan penggunaan tenaga elektrik bertambah.
vi. Pemanas air
· Sekiranya
menggunakan air panas untuk mandi dan sebagainya, gunakanlah pemanas air jenis
segera kerana ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan jika dibandingkan
dengan pemanas air jenis storan.
· Jika membeli
pemanas air jenis storan, pilihlah saiz yang sesuai dan mempunyai lapisan
penebat yang baik.
·
Jikalau
menggunakan pemanas air jenis storan, rancangkan penggunaannya.
·
Jangan menghidupkan pemanas
air itu terlalu lama sebelum penggunaannya.
· Untuk
memastikan keselamatan, peralatan air panas itu mestilah dilindungi oleh
pemutus litar ke bumi (ELCB) yang sesuai dan dipasang oleh yang berkelayakan.
Jika boleh, gunakan peralatan yang dilapisi oleh plastik atau getah.
vii. Mesin basuh
·
Pilih mesin basuh yang kurang menggunakan tenaga elektrik.
· Kumpulkan
pakaian-pakaian bahan yang perlu di cuci supaya mesin itu dapat di gunakan
dengan cekap.
- basuh pastikan mesin basuh penuh
viii. Cerek elektrik.
·
Masaklah air
mengikut keperluan sahaja.
·
Sekiranya
boleh, gunakan cerek air elektrik automatik.
·
Untuk
memastikan keselamatan, pastikan sukatan minimum air di patuhi.
ix. Sterika
elektrik.
·
Kumpulkan
pakaian atau bahan supaya boleh di gosok pada suatu ketika.
·
Jangan
sekali- sekali dibiarkan sterika tidak digunakan begitu lama.
· Pastikan
tetahan di buat bersesuaian dengan suhu yang diperlukan dan jenis pakaianan
yang di gosok.
x. Lain-lain
hal
· Sebelum
membeli sebarang peralatan elektrik, buatlah perbandingan dari segi kuasa,
kapasiti, atau fungsi di antara beberapa model dan jenama. Pilihlah model
dan jenama yang paling kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi kemudahan atau
perkhidmatan yang sama.
· Untuk memastikan
peralatan elektrik yang digunakan berfungsi dengan baik, semaklah bil elektrik.
Biasanya jumlah penggunaan elektrik kita setiap bulan adalah hampir sama.
Sekiranya terdapat pertambahan jumlah penggunaan elektrik yang mendadak,
periksalah peralatan elektrik kerana ini mungkin disebabkan oleh peralatan
elektrik yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
· Hubungi
Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang berdekatan untuk mendapatkan panduan dan
nasihat berkaitan dengan cara penggunaan elektrik dengan cekap dan selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan